Friday, September 12, 2008

Teman

kehangatan mentari menyinari pagi
derusan hujan
mendingini panas
saling mengiring
saling melengkapi
begitulah
kudrat Illahi

kehadiranmu teman baaikan cahaya
menerangi taman hatiku yang sepi
jalin kasih mesra
kurnia Maha Esa
merestui
kemesraan ini

andai bunga tiada mekar mewangi
hancurlah harapan unggas menyepi
andai dikau menghilang
dan menyendiri
kuterapung
hilanglah panduan
bak hujan
di tengah hari
panas menduri bumi
begitulah perasaan
'pabila
bayangmu pun tiada

keikhlasan hatimu
menghangatkan jiwa
kelembutan suaramu
menyejukkan bara
jernih air matamu
lambang ketulusan
menemaniku
di kala kesepian

teruslah menyinar
mentari pagi
teruslah menari
hujan yang mendingin
menghijau menyegar
menyuburi bumi
saling menjalin
hubungan infiniti

Senikata lagu tulisan Abdul Haris Sumardi ini memenangi Anugerah Persuratan.

Sunday, June 04, 2006

Terlebih dahulu izinkan daku mengucapkan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca siber yang dihormati sekalian.Tujuan warkah digital ini dilahirkan adalah untuk meluahkan apa yang selama ini tersirat dalam sanubariku .Sebagai individu yang sangat mencintai kesasteraan dan berbekalkan kejujuran hati,aku ingin memartabatkan dan melestarikan bahasa Ibunda.Ruang blog inilah yang akan digunakan sebagai persada susunan susunan aksara demi melahirkan kekata-ketaka indah.Adalah menjadi harapan setiap penulis agar kehalusan seni tulisannya dapat menyentuh jiwa pembaca untuk menjadi lebih peka terhadap alam semesta dan segala apa yang berlaku di dalamnya.Bak kata penulis Masuri S.N,sajak dan puisi bagaikan peta permata yang harus dinilai oleh si pembaca.


Inilah sajak ku yang pertama,ditulis semasa berumur 17 tahun dan baru ingin berjinak-jinak dengan dunia kesasteraan Melayu.Sajak ini diterbitkan oleh Berita Harian tetapi malangnya aku sudah hilang keratan akhbarnya dan terlupa jua rangkap-rangkap terakhirnya...

Anak bangsaku
Apakah kau ingin terus dibelenggu?
Kau hanya mampu ketawa dan ditertawa
Dan hanya melihat peredaran waktu

Mangapa kau masih berdalih lagi?
Apakah yang ditunggu lagi?
Bangunlah segera wahai anak bangsa
Agar kau dapat sama berdiri
(Saya sudah terlupa rangkap selanjutnya)

Ibuku seorang guru dan juga Ketua Jabatan Bahasa Ibunda ,sangat bangga dengan hasil penulisanku ini,yang kuanggap masih terlalu 'amateurish'.Selepas ini aku tidak begitu aktif dalam penulisan,hanya sekadar menghantar satu lagi puisi untuk sebuah rancangan radio tempatan.Kali ini puisiku tidak menyentuh gejala-gejala masyarakat,tetapi ianya puisi cinta.